Dalam bukunya Eat The Frog, pakar motivasi Brian Tracy mengutarakan 21 prinsip menguruskan masa. Di sini adalah ringkasan 21 prinsip berkenaan
1. Tulis dengan jelas matlamat dan objektif tugas yang perlu anda buat
2. Rancang lebih awal tugas anda setiap hari – sebaiknya pada hari sebelumnya. Setiap minit anda gunakan untuk merancang akan menjimatkan masa anda lima atau sepuluh minit melaksanakannya.
3. Gunakan prinsip 80/20. Prinsip ini menyatakan bahawa 80 peratus daripada output adalah dari 20 peratus input.
4. Pertimbangkan kesan tindakan anda. Setiap satu tugas anda akan ada kesan kepada hidup anda.
5. Amalkan penundaan kerja yang kreatif. Memandangkan bukan semua tugas boleh dibuat pada masa yang sama, tugas-tugas yang tidak penting harus ditunda.
6. Gunakan sistem pengredan ABCDE secara berterusan. Sebelum anda memulakan tugas, gredkan tugas anda dengan yang penting bermula dengan gred A. Dengan ini anda akan senantiasa sedar apakah tugas yang anda buat penting atau tidak
7. Tumpukan perhatian kepada output yang mesti didapati.
8. Tumpukan tenaga dan fokus anda kepada 3 aktiviti utama yang menyumbangkan kepada 90% tugas anda. Selesaikan ini dulu.
9. Pastikan anda mempunyai semua yang diperlukan sebelum bermula.
10. Buat semua tugas anda dengan memberi tumpuan kepada apa yang sedang dihadapi pada masa itu. Jangan biarkan fikiran anda melayang.
11. Tingkatkan skil anda.
12. Gunakan skil yang sedia ada dengan baik.
13. Kenalpasti kelemahan dalam perlaksanaan tugas dan tumpukan segala kudrat anda untuk mengatasinya.
14. Beri tekanan ke atas diri sendiri. Bayangkan anda perlu ke luar negara dan anda mesti menyelesaikan segala tugas anda sebelum itu.
15. Gunakan masa anda yang paling terbaik untuk tugas yang berat. Contohnya, jika anda seorang yang paling aktif sebelah petang, anda boleh jadualkan tugas yang berat dan susah pada masa itu.
16. Motivasikan diri anda untuk bertindak.
17. Gunakan teknologi untuk penambaikan komunikasi anda dan bukannya menjadi hamba kepadanya.
18. Bahagikan satu tugas yang besar dan sukar kepada bebrapa bahagian kecil. Fokus kepadda bahagian kecil ini.
19. Wujudkan satu suasana di mana anda akan mempunyai masa yang banyak untuk tugas anda.
20. Buat semua tugas anda pantas.
21. Bila anda telah mulakan satu tugas, tumpukan perhatian anda kepada tugas tersebut sehingga selesai. Jangan buat lebih daripada satu tugas pada masa yang sama.