Saya cuba mecari terjemahaan untuk perkataan ‘mindset’dalam internet tetapi saya hampa.
Saya ingin menulis mengenai mindset sekarang dan saya tidak ingin menunggu sehingga saya sampai ke perpustakaan ataupun kedai buku untuk mendapatkan kamus dan mencari terjemahanya. Jadi saya akan gunakan perkataan ini dalam bahasa asalnya
Mindset atau cara kita berfikir adalah penting. Mindset kita akan menentukan sikap kita dalam kehidupan dunia. Carol Dweck, pakar psikologi yang ternama dari Universiti Stanford dalam bukunya berjudul MINDSET membahagikan mindset ini kepada dua iaitu:- fixed mindset dan growth mindset.
Fixed mindset atau cara pemikiran yang tetap, di mana seorang yang mempunyai fixed mindset ini mengambil sikap bahawa semua hal tentang dirinya seperti kecerdasan, bakat, kebolehan adalah tetap dan tidak boleh dikembangkan lagi. Pemilik cara pemikiran tetap ini tidak berminat untuk memajukan dirinya lagi – dia mengambil sikap “inilah nasibku – bukan salah ibu mengandung”. Ini adalah satu cara pemikiran yang tiada manafaat dan salah.
Golongan yang mempunyai growth mindset pula percaya segala kebolehan, bakat dan kecerdasan yang ada pada mereka boleh dikembangkan. Boleh dinaik taraf. Dengan mengambil sikap sebegini, kehidupan mereka yang mempunyai cara pemikiran berkembang maju ini senantiasa meningkat. Golongan ini menpunyai tekad dan keazaman yang jitu. Golongan ini mengambil slogan keramat Iban – Agi Idup Agi Ngelaban. Mereka yang berjaya dalam hidup ini dalah dari golongan growth mindset
Anda tentukan sendiri bagaimana anda ingin berfikir.