FV =PV ( 1 + i )n
Formula di atas penting. Anda mungkin tidak tahu atau tidak ingin tahu mengenai formula ini, namun ia tetap adalah satu komponen yang tidak boleh dinafikan pengaruhnya dalam hidup anda.
Sebelum kita menerukan perbincangan tentang formula ini, marilah kita kita tengok apa maksud huruf-huruf di atas.
FV = nilai wang masa depan (future value)
PV = nilai wang hari ini (present value)
i = kadar pulangan atau inflasi (interest rate/inflation rate)
n = masa kadar pulangan atau inflasi dikira ( period interest/inflation calculated)
Formula ini dikenali sebagai Future Value Formula atau Formula Nilai Masa Depan Wang
Formula ini akan memberi nilai wang yang anda perlukan di masa depan jika anda tahu kadar kenaikan harga atau kadar infalsi, huruf i, dalam formula di atas.
Katakan anda berberbelanja sebanyak RM50, 000 tahun ini untuk keperluan anda dan kadar inflasi adalah 5%. Anda boleh mencari nilai yang diperlukan untuk tahun hadapan iaitu FV, dengan mengantikan huruf dengan angka dalam formula di atas seperti berikut:
PV = nilai hari ini = 50,000
i = kadar inflasi = 0.05 (5%)
n = masa dalam tahun ( sebab kadar inflasi, i , diberi dalam tahun) = 1
FV= nilai tahun depan = nilai yang dicari
Kita akan dapat FV = 52, 250
Ini bermakna anda perlukan sebanyak RM 52,500, iaitu lebihan sebanyak RM 2,500 untuk perbelanjaan anda pada tahun depan dengan anggapan abahawa kadar inflasi kekal 5% dan anda tidak mengubah cara hidup anda.
Kita boleh mencari nilai pebelanjaan pada mana -mana masa di masa hadapan dengan menukar nilai n. Jika n = 5, dan nilai inflasi masih 5%, kita akan dapati bahawa kita perlukan RM 63,814.06 untuk perbelanjaan kita 5 tahun dari hari ini.
source: tradingeconomics.com
Kita juga boleh gunakan formula ini mendapatkan nilai yang diperlukan untuk membeli sesuatu perkhidmatan atau barang secara spesifik jika kita tahu kadar kenaikan harga barangan atau perkhidmatan tersebut.
Sebagai contoh, nilai yuran untuk menghabiskan kursus perubatan selama 5 tahun di universiti pada tahun 2018 adalah RM 450,000.00. Jika anak anda kini berusia 6 tahun dan berhasrat untuk menjadi doktor, anda boleh gunakan formula ini untuk mendapatkan jumlah yuran yang harus bayar ketika anak berada dalam program perubatan di universiti iaitu, dari umur 19 tahun hingga ke 24 tahun, 13 tahun dari sekarang dengan kadar kenaikan harga kos pendidikan ( inflasi kos pendidikan), i , yang berada dalam lingkungan 3%.
Setelah menggantikan semula nilai anda akan dapati kos yuran kursus perubatan 13 tahun dari sekarang adalah, RM660,840.17
Formula ini juga boleh digunakan untuk mengetahui nilai pulangan simpanan atau pelaburan anda.
Jika anda melabur sebanyak RM10,000 dalam skim dana amanah yang memberi pulangan sebanyak 8% selama 3 tahun, nilai pulangan anda adalah RM12,597.12.
FV =PV ( 1 + i )n Formula ini adalah satu formula yang berguna untuk anda mengatur dan merancang penggunaan duit anda. Anda mesti menguasainya.